BELAJAR MEMBACA
BELAJAR MEMBACA
Tarigan (2008: 9) menyebutkan bahawa “Tujuan
utama dalam membaca adalah untuk mencari serta memperolehi informasi, yang
mencakupi isi dan memahami makna bacaan”. Supaya lebih memahami lagi tujuan
kita belajar membaca ini , Tarigan (2008: 9-11) telah
memaparkan beberapa sebab yang dijadikan tujuan oleh seseorang untuk melakukan
aktiviti-aktiviti membaca, diantaranya adalah seperti berikut:
i. Membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan yang telah
dilakukan oleh seseorang tokoh. Membaca seperti ini disebut juga membaca untuk
memperoleh perincian atau fakta-fakta.
ii. Membaca untuk memperoleh
idea-idea utama. Membaca seperti ini adalah untuk mengetahui mengapa hal itu
merupakan topik yang baik dan menarik.
iii. Membaca untuk mengetahui apa yang
terjadi. Membaca seperti ini bertujuan untuk mengetahui urutan atau susunan
organisasi cerita.
iv. Membaca untuk mengetahui perasaan
pengarang. Membaca seperti ini bertujuan untuk menyimpulkan sesuatu fakta.
v. Membaca untuk mengelompokkan atau mengklasifikasikan.
Membaca seperti ini bertujuan untuk mengelompokkan atau mengklasifikasikan.
vi. Membaca untuk menilai atau
mengevaluasi. Membaca seperti ini bertujuan untuk menilai, atau membaca
untuk mengevaluasi sesuatu fakta.
vii. Membaca
untuk membandingkan atau memperbahaskan. Membaca seperti ini bertujuan untuk
memperbandingkan atau memperbahaskan.
Semua informasi, ilmu pengetahuan
dan pengalaman-pengalaman yang diperolehi melalui bacaan membolehkan seseorang
itu mempertinggikan lagi daya pemikirannya, mempertajamkan
pendengarannya dan memperluaskan wawasannya. Dengan demikian kegiatan belajar
membaca dapat diklasifikasikan menjadi beberapa jenis, yaitu belajar
membaca secara nyaring, membaca dalam hati, membaca telaah isi, dan
membaca telaah bahasa.Secara lebih jelas, jenis membaca dapat dihuraikan
seperti berikut :
1.MEMBACA SECARA NYARING
Secara sederhana membaca nyaring
dapat di maknai dengan melakukan aktiviti-aktiviti membaca dengan mengeluarkan
suara. Tarigan (2008: 23) menyebutkan definisi dari membaca nyaring, seperti
berikut:
Membaca nyaring
adalah suatu aktiviti-aktiviti atau kegiatan yang merupakan alat
bagi guru, murid, ataupun pembaca bersama-sama dengan orang lain atau pendengar
untuk menangkap serta memahami informasi, fikiran dan perasaan seseorang
pengarang.
Menyambung pemaparan definisi
membaca nyaring oleh Tarigan, Moulton (Tarigan 2008: 23) menjelaskan ada
perbezaan antara membaca dalam hati dengan membaca nyaring. Ketika melakukan
aktiviti-aktiviti membaca, pemahaman melibatkan penglihatan dan ingatan,
sedangkan dalam membaca nyaring, selain penglihatan dan ingatan, juga turut
aktif auditory memory (ingatan pendengaran) dan motor
memory (ingatan yang bersangkut paut dengan otot-otot kita).
Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Tarigan dan Moulton dapat
disimpulkan bahawa membaca nyaring merupakan kegiatan membaca secara bersama
melibatkan lebih dari satu orang, untuk memahami bacaan yang ditulis oleh
pengarang dengan mengoptimakan/mempertingkatkan lagi kerja penglihatan,
pendengaran dan otot-otot tubuh.
2. MEMBACA DALAM HATI
Menurut Tarigan (2008: 32) membaca
dalam hati secara garis besar dibahagikan kepada yang pertamanya ialah membaca
ekstensif dan keduanya membaca intensif. Membaca ekstensif bermaksud membaca
secara luas dalam sesuatu teks iaitu dalam waktu yang sesingkat mungkin. Kegiatan membaca ekstensif adalah
kegiatan membaca untuk memahami isi yang penting dengan cepat dan efisien dalam
suatu bacaan. Kegiatan membaca ekstensif meliputi: (1) membaca survey (2)
membaca sekilas dan (3) membaca dangkal, Broughton et al.
(Tarigan, 2008 : 32). Menurut Brooks (Tarigan, 2008: 36) membaca intensif pula
adalah pembelajaran yang secara menyeluruh, telaah isi, dan penanganan
terperinci yang dilaksanakan di dalam kelas terhadap suatu tugas yang pendek
dua sampai empat halaman setiap hari. Kegiatan membaca intensif meliputi
membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.
Membaca dalam hati sebenarnya merupakan
kegiatan membaca untuk orang dewasa. Di sekolah, dasar jenis membaca dalam hati
belum dapat diberikan secara mutlak dan baru bersifat pelatihan. Pembelajaran
membaca dalam hati di sekolah ialah dasar yang bertujuan untuk mendapatkan
informasi dari suatu bacaan dengan memahami isinya secara tepat dan cermat.
Untuk mencapai sasaran membaca dalam hati, anak-anak sekolah hendaklah
menguasai keterampilan-keterampilan berikut iaitu membaca tidak bersuara,
membaca tanpa disertai gerakan-gerakan anngota badan, membaca tanpa bimbang
akan kandungan isinya meskipun tidak sesuai, berkonsentrasi fizik dan mental,
serta dapat mengungkapkan kembali isi bacaan.
3.BELAJAR MEMBACA TELAAH ISI
Membaca telaah isi cenderung dilakukan oleh
semua orang yang menemukan minat pada bahan bacaan yang telah dibacanya dengan
sekilas. Biasanya pembaca-pembaca ingin menelaah isinya secara mendalam dan
tertarik untuk membacanya dengan teliti. Tarigan (2008: 40) menyebutkan bahawa
“Menelaah isi sesuatu bacaan menuntut ketelitian, pemahaman, kekritisan
berfikir, serta keterampilan menangkap idea-idea yang tersirat dalam bacaan”.
Dari pendapat Tarigan tersebut kita dapat membahagikan aktiviti-aktiviti dari
membaca telaah isi menjadi beberapa aktiviti membaca, diantaranya ialah membaca
dengan teliti, membaca dengan pemahaman, membaca dengan kritis, dan membaca
dengan idea.
Selanjutnya jika diperhatikan dengan lebih
mendalam mengenai pendapat yang dipaparkan Tarigan, bahawa membaca telaah isi
merupakan suatu aktiviti membaca untuk mendapatkan informasi penting
dari suatu bacaan yang menarik perhatian pembaca, dengan melibatkan pemahaman,
keterampilan memperolehi idea bacaan serta ketelitian dalam membaca bahan
bacaan.
4.MEMBACA TELAAH BAHASA
Membaca telaah bahasa atau content
study readingmempunyai persamaan dengan cara belajar membaca
dalam hati.Aktiviti kedua kegiatan membaca tersebut dilaksanakan dengan
tidak bersuara. Menurut Muchlisoh. (1996: 152-156) tujuan membaca telaah bahasa
secara terperincinya adalah seperti berikut bertambahnya kosa kata yang
dimiliki oleh siswa dan bertambahnya pengetahuan sistem bentuk kata, sistem
kalimat, sistem tulis dan semantic para siswa. Selain dari
beberapa tujuan khusus membaca telaah bahasa seperti yang disampaikan
Muchlisoh, maka kita pun perlu mengetahui bahawa tujuan utama membaca telaah bahasa
adalah untuk memperbesarkan daya kata dan mengembangkan kosa kata. Setiap orang
mempunyai dua jenis daya kata iaitu dipergunakan dalam berbicara dan menulis
dan dipergunakan dalam membaca dan menyemak (Tarigan (2008:
123).
Dari pendapat yang dipaparkan
Muchlisoh ataupun Tarigan, kedua-duanya bermaksud membaca telaah bahasa adalah
suatu proses membaca untuk menambahkan perbendaharaan kata serta bertambahnya
pengetahuan sistem pembentukkan kata. Bahan yang dipakai dalam
pembelajaran membaca telaah bahasa dapat diambil dari beberapa
sumber, misalnya dari bekas bahan yang digunakan dalam membaca teknik, bahan
yang dipakai dalam membaca dalam hati, atau bahan lain yang sifatnya masih
baru. Sumber bahan dapat diperoleh dari sumber bahan data buku , buku rujukan,
majalah, dan sebagainya. Isi bahan dalam kegiatan membaca bahasa dapat berupa
bahan yang menyangkut masalah ilmu pengetahuan alam, sosial, budaya, dan
kesusasteraan. Adapun yang perlu diingat dalam kegiatan membaca bahasa adalah
bahan yang akan digunakan harus memuatkan struktur bahasa.
5. BELAJAR MEMBACA
SKIMMING/SCANNING/MEMINDAH
Membaca dengan cepat suatu
bahan bacaan untuk mendapatkan kesan awal atau untuk mencari sesuatu informasi
atau maklumat yang kita perlukan yang ada dalam bacaan. Membaca skimming adalah
membaca untuk memperoleh kesan umum. Digunakan untuk pembacaan bahan yang
ringkas, cepat, panjang tetapi sepintas lalu. Teknik ini digunakan untuk
pembacaan bahan yang ringkas seperti petikan/ bahan bacaan panjang dari
journal, buku dan majalah. Membaca scanning adalah
membaca dengan tujuan untuk mendapatkan informasi atau maklumat khusus sahaja.
Membaca secara pantas dan cepat untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukannya
mendapatkan gambaran keseluruhan teks yang dibaca. Teknik ini bertujuan untuk
menentukan tahap kecekapan seseorang dalam mencari maklumat yang khusus dan
penting. Seterusnya ialah membaca intensif juga
termasuk di dalam cara pembelajaran secara skimming/scanning atau memindahkan.
No comments:
Post a Comment