Menurut Anderson (1972), dari segi
linguistik, membaca adalah suatu proses penyandian kembali dan pembacaan sandi (a recording and decoding process),
berlainan dengan percakapan (Henry Guntur Tarigan, 1994).
Harris dan Sipay (1980), pula
menyifatkan bahawa proses membaca sebagai suatu proses untuk mendapatkan
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang yang bercetak atau bertulis.
Menurut Kenedy (1981), pula mendefinisikan
bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual dan
menghubungkan bentuk tersebut dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.
Seterusnya berdasarkan pengalaman lalu, pembaca dapat memahami dan mentafsirkan
maksudnya.
Marohaini Yusoff (1989), telah
merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Hanya dua kompenan kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran
membaca, iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa-apa yang dibaca.
Menurut Kamaruddin Husin dan
rakan-rakan (1997), membaca merupakan satu proses pemikiran yang membina
kebolehan untuk menilai, mengulas dan mengkritik apa-apa yang dibaca dengan
tepat (Adenan Ayob dan Abdullah Yusof, 2010).
No comments:
Post a Comment